Friday, December 12, 2008

December exams colds & fever,

Salam World,


the xm is just around the corner and we've been very busy preparing for the big day! so do pray for us and we promise you proper updates after the exam insyaAllah!

Aaaaaacchooo!
(Alhamdullilah) excuse me.
Salam. :)

Thursday, December 11, 2008

Monday, December 1, 2008

iklan penting untuk pelajar keluaran 2007/2008

1 DISEMBER 2008

 

PERHATIAN kepada: Irma Samion, Nadiah Syed Akbar, Nur Puspa Sabrena Abdullah, Siti Nurjannah Sukiman, Azizah Abdul Jalil, Siti Aminah Sapian, Nurfaizah Abdul Ghani, Nurul Huda Saukhad Ali Khan, Siti Fairuz Ramlan dan Nurul Nadhirah Rahmat.

 

BERKENAAN: URUSAN SYAHADAH ASLIAH TAHUN 2008


 

Assalamualaikum Wr.Wb.

 
Di harapkan semua yang berada di Singapura dalam keadaan sihat sejahtera.

Dengan ini dimaklumkan bahawa pihak kami memohon jutaan maaf kerana tidak dapat/tidak sempat menyelesaikan syahadah asliah kalian. 

 
Ini disebabkan beberapa perkara:

 1. Pada asalnya, urusan syahadah asliah bagi pelajar-pelajar muhafazah tidak boleh dimulakan sekarang. Pihak Al-Azhar lebih mengutamakan pelajar di Cairo (itupun tawkil di cairo hanya boleh mula pada bulan disember 2008). Maka, urusan syahadah untuk pelajar muhafazah hanya boleh dimulakan pada tahun hadapan. (sekiranya anda mewakilkan orang lain untuk buatkan ianya bagi pihak anda)
2. Sementara ini hanya kami (yang ‘stay a bit longer’) yang dapat menyelesaikan urusan syahadah asliah milik kami SAHAJA (itupun setelah merayu dan dimarahi dan sehingga sekarang masih belum selesai sepenuhnya). Kami cuba untuk menguruskan syahadah yang lain tapi pihak Al-Azhar tidak melayan kami.


CADANGAN/USULAN:

1. Kalian boleh cuba untuk membuat sendiri syahadah kalian dengan datang semula ke Mesir bermula tahun hadapan, sebaik-baiknya lepas fasl thani-INIPUN KEMUNGKINAN, TIDAK SEMESTINYA BOLEH. (sekiranya kalian bersetuju untuk datang dan menguruskan sendiri; sebarang syahadah muaqotah, duit sebanyak LE250, gambar dan salinan passport akan diberikan pada kalian sejurus selepas pihak kami pulang ke Singapura tanggal 20 disember 2008.)

ATAU
2. Kalian boleh cuba untuk mewakilkan pada orang lain( tidak semestinya mandubah).(sebaiknya bukan mandubah) Ini dengan syarat:

- kalian harus memilih sendiri wakil (samaada pelajar alex, cairo dll)

- kalian perlu bertanyakan sendiri dan berbincang pada bakal wakil kalian, adakah beliau bersetuju atau tidak

- menyediakan surat ‘authorisation’ dan surat tersebut perlu diserahkan pada wakil

- bagi wakil pula, sebaik-baiknya adakan surat daripada embassy singapura

- diharapkan bagi yang mewakilkan, supaya tidak terlalu cerewet dan ‘demanding’ kerana urusan syahadah terutamanya syahadah yang diwakilkan tidak mudah.

 

PENDAPAT PERIBADI:

Bagi pihak kami, adalah lebih elok sekiranya kalian dapat membuat sendiri syahadah. Kerana ianya lebih mudah berbanding dengan mewakilkan kepada orang lain. Cuma kami faham sekiranya adalah satu beban untuk kalian ke sini semula. Wallahua’lam.

 

P/S: HARAP BERIKAN RESPON ANDA (adakah kalian mahu menguruskan sendiri atau mahu mewakilkan. Bagi yang mahu mewakilkan harap sertakan sekali nama wakil anda.) SELEWAT-LEWATNTYA 12 DISEMBER 2008. RESPON ANDA BOLEH DIKIRIM LEWAT EMAIL : sibawaih_cyber@yahoo..com.sg atau sms terus ke: +20105518247 / +20167584724 / +20107807182. Sekian terima kasih.

 

Yang benar,

Nur ‘Aziemah Azman
Puti Nurhendrawaty Hasman
Syifaa’ Yusra Mansor