Sunday, August 9, 2009

Spiritual Revival

Assalamu'alaikum Sisters,

The Spiritual Revival series is back for its 3rd series (Ramadhan Edition) with Ustazah Halimah Alaydrus. Do join us as we prepare ourselves to give Ramadhan the right it deserves.

Friday 14 Aug 09 [in collaboration with alwehdah]
5pm - 7pm @ Al Wehdah

Saturday 15 Aug 09
1.30pm - 4pm @ Masjid Sultan (Multi Purpose Hall)

Sunday 16 Aug 09 [in collaboration with NTUMS]
2pm - 6pm @ Masjid Kampung Siglap (Auditorium)


PROGRAMME CONTENTS:
* PREPARATION FOR RAMADHAN -spiritually mentally & physically
* QASIDAH BURDAH RECITATION
* TIPS ON GIVING OUT DAKWAH WITH LOVE
* Q&A SESSION ON WOMEN ISSUES

ALLAHUMMA BARIK LANA FI RAJAB WASHA'BAN WABALLIGHNA RAMADHAN~

for more info please visit:
http://www.facebook.com/home.php?ref=home#/event.php?eid=119229796372&ref=ts

Saturday, August 1, 2009

SPIRITUAL REVIVAL

For those who are in singapore right now. Lets not miss this!



Alwafa' - Team Alumni of Alazhar and Daruzzahra presents all sisters with:

SPIRITUAL REVIVAL SESSION IS BACK for its 3rd series
[RAMADHAN EDITION]

ALL- LADIES ONLY EVENT (all are welcomed)

Date : Saturday 15 August 2009
Venue : Masjid Sultan (multi purpose hall)
Time : 1.30pm

www.alwafa.sg

SECEBIS KATA-KATA….

Bismillahirrahmaanirrahiim

310709M/9 Sha’aban 1431H

Segala puji yang maha Esa,selawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah,dengan izinNya,ana dapat menulis pada blog kita pada kali ini.Hmm,tentu ramai yang dah tahu,diam tak diam peperiksaan pun dah lama berakhir,kini,keputusan yang dinanti-nantikan..@ Alex,sudah ada beberapa syu’bah yang natijahnya telah pun di ketahui..sementara yang lain..masih lagi menunggu dan terus menunggu..Insya Allah semua najaah.Ameen.

Di kesempatan ini,ana nak kongsi sedikit pengalaman ana @ Mesir ni..Ha! memang kebiasaannya,pelajar-pelajar tahun 1 akan pulang ke tanah air masa cuti semester ni,lain pula ana yang diberikan peluang keemasan ni untuk tinggal @ Mesir masa cuti ni..Ha! jangan tak tahu..Kita semua tak duduk diam tau..Ana dan kakak-kakak yang lain cuba sedaya upaya untuk tidak membuang masa dan menggarap ilmu sebanyak yang mungkin.Ada di antara kami yang mengambil kelas memandu,Talaqqi Qura’n dan juga kelas tambahan @ Markaz El-Nada,yang baru sahaja ditubuhkan @ Alex..Alhamdulillah..

Selain daripada itu,kami dapat meluangkan masa bersama seperti beriadah di tepi pantai (seronok dapat main dengan ombak) ;-P Kami juga suka berkongsi cerita,pengalaman,dan tak lupa juga yang Ilmiah..Ha! ana suka bila dengar kak Zu bercerita,kak Dayah beri nasihat.Tidak lupa kepada kakak-kakak yang lain,yang telah banyak membantu diri ini.Syukran sgt2!!


Teringat juga cerita-cerita kak Syifa’,kak Aziemah,kak Puti(nenek selampit ana) masa itu,tentang pengalaman mereka @ Mesir ni.Sedikit sebanyak ada persamaannya dengan apa yang telah ana lalui…Antaranya, mereka pernah bercerita tentang nama-nama orang Arab di sini banyak yang sama;Asma’-Fatmah-Isra’..Hehe..jadi..kalau @ kuliah tu kecoh lah jadi nya…ha..lagi pasal..bergaduh dengan orang Arab..bukan gaduh apa…Cuma ‘gurau’ je..hehehehe faham-faham lah ye..Mereka juga ada beritahu tentang keaadaan kuliah..Muamalah dengan orang Arab..ada yang menggeramkan dan ada juga menyejukkan hati..mereka suka mendoakan kita..Daripada apa yang ana perhatikan,orang Arab ni tidak suka berdendam..tapi cara mereka tu yang kasar sedikit.Pendek kata,semua yang belajar @ Mesir ni,akan dapat merasai keadaan seperti ini.Tidak lupa juga kenangan pahit manis hidup @ rantauan..sakit peningnya lain,sakit rindu nya,sakit hati nya,dan sakit-sakit yang lain..hehe.Pengalaman yang akan datang sekali dalam seumur hidup kita! Dah lah jauh dengan keluarga..masing-masing memainkan peranan untuk tahu tanggungjawab kepada Agama,ibu bapa,diri sendiri dan juga teman-teman kita. Jadi..kita harus bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita seadanya.

Pejam celik,pejam celik..ana dah setahun berada @ bumi Kinanah ni.Masih setahun jagung lagi orang kata..hehe..Bila teringat saat-saat ana baru sampai sini memang tidak dapat disangka-sangkakan yang ana dah setahun berjauhan dengan keluarga..Ana rasa macam beberapa hari yang lalu ana melalui masa orientasi @ Markaz Perkemas dan masih adik-adik baru lagi..Ha!! sekarang bukan adik baru lagi..Pelajar-pelajar yang bakal menjadi Azhari tidak lama lagi akan tiba di sini..Kalau tidak silap ana,seramai 34 pelajar..ana mengalu-alukan kedatangan mereka!!

Mereka juga adalah orang-orang yang terpilih dan diberi peluang untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar.Insya Allah,kita sama-sama dapat berjuang,mengorak langkah kehadapan dan memulakan hidup baru bersama rakan-rakan kita di sini.

Kawan-kawan,masih ingat lagi tak kata-kata dari Imam Syafie’:

" لن تنالوا العلم إلا بست: ذكاء و حرص و مال واجتحاد و طول زمان و صحبة أستاذ "

Akhir kata dari ana,seandainya ana tersilap kata,atau ada kekurangan dalam apa yang telah ana tulis tadi,ana mohon maaf zahir dan batin ye..

p/s: kawan-kawan ana yang @ Singapura tu..cepat-cepat lah tempah tiket balik sini!!! Hehe!! Rindu lah!! wink2!

Salam dari bumi Kinanah.
Hazimah Ulfah Binte Rahmat :)

Majlis Mawarits

Haa... bila dengar je Mawarits, mesti ramai yang akan fikir “ohhh ni subject budak syariah nie..”.. Hakikatnya memang takhassus untuk budak syariah tapi sebenarnya tholibah Usul dan Lughah juga perlu belajar sebab ada kait mengait dengan subject ni.. Senang kata, kita semua sebagai umat Islam ni perlu belajar tentang mawarits kerana ia sebahagian dari hidup kita.. sesuai dengan hadith soheh..

عن ابي هريرة رضي الله عنه قال :قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " تعلموا الفرائض وعلموها ، فإتها نصف العلم وهو ينسى وهو أول شيء ينزع من أمتي


Hadith dari Abi Hurairah r.a berkata: bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: “Pelajarilah Ilmu Al-Faraidh (Mawarits) serta ajarkanlah, sesungguhnya ia adalah setengah dari Ilmu dan ia akan dilupakan dan sesungguhnya ia adalah yang pertama kali yang akan dicabut dari ummatku

Ok2.. itu opening je k? jangan stress2 sangat.. sebenarnya ada sebahagian dari alex-babes ni diberi kesempatan untuk menyertai majlis mawarits ni.. majlis mawarits ni dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Muhd Jabal bin Alam Shah.

Sepanjang perjalanan Majlis Mawarits ni, bermula dari pendaftaran sampailaaa kita ni semua Grad.. Alhamdulillah urusan kami semuanya dipermudahkan.. Tapi sebelum kita grad, kita diberi dua tugasan whereby kita diwajibkan untuk buat artikel dan juga haalat (nanti kite tunjuk k haalat yang kita buat).. So, Majlis Mawarits ni ada tiga peringkat : Basic, Intermidiate, Advance jadi untuk pendekkan cerita.. Majlis ini mula dari 7 Feb dan berakhir pada 7 march 2009..


Sebelum kita join Majlis ni, rupanya dah ramai yang da Graduate dari Majlis ini, cuba bayangkan.. kita group yang ke 41!!~~ so yah, group 41 ni ade bilangan seramai 15 orang.. 3 Malaysia dan selebihnya Singapore.. memang gerek laa kan.. banyak juga yang kita dapat daripada Majlis ni.. oh ya.. pesanan dari ustaz bila kita da Grad “Ajarkan dahulu pada keluarga masing-masing kemudian ke masyarakat”... ini macam amanah untuk kita.. sebab ape? Sebab ramai antara kita yang tak faham tentang ilmu faraidh ini yang mana nanti disebabkan kurang mendalami ilmu ini, ia akan berakhir dengan pergaduhan.. almaklumlah kan.. bab harta.. harta... harta... ni boleh bergaduh satu keluarga.. So, insyaAllah dengan adanya Graduan – Graduan Majlis Mirats ini, kita akan ajarkan kepada mereka yang diluar sana tentang ilmu mirats yang sebenarnya.


Haa... yang terakhir.. Selamat “menonton” gambar-gambar kita sepanjang perjalanan Majlis Mawarits.... Ok2.. ouhh ya.. kepada semua alex-babes.. jumpe korang semua on the 26 March k?... hee...


yeah.. Isi bOrang untuk jOin tHIs prOgram


Mira,Kak Masyitah, Yana and Ulfa....


NI die graduan-graduan Majlis Mawarits... Ni baru 10 orang..


Sorang menghafal... lAgi sorang murajaah... hee~~


dayah and yana... sEbelum stArt clAss


Antara props yang kite dapat *advance*


Hasil haalat yang dayah buat~~...


ok2..ade 2 choices..same ada nak type or tulis.. dayah pilih utk type.. minat punye pasal.. :)


sO ni natijahnye.... :) Alhamdulillah, banyak juge perkare baru yang dayah belajar bile type ni..



Ok... Ust: “Graduan pertama ..Ustazah Nurul Hidayah..”.. tak sangka plak.. orang pertama yang dipanggil utk amik gambar ni.. tak ready ... :p


Ustazah Hazimah Ulfa... :)



Ustazah Amirah...


Ustazah Liyana hairi


Ustazah Masyitah


Hee~~ Alhamdulillah.. Nasykurullah Ala ni'matihi... Perjalanan kite smuer dipermudahkan...



ok2.. grOup 41 je yang special ... bila grad ade cake ..~~ cake ni kakak malaysia yang buat.. Sedap!



hee~ Nice Pose yana... ni consider mcm note book kite...


Semua graduan gRoup 41 bersama Ustaz Jabal sekeluArga..


So yahh... yang terakhir... its me!~



Sekian,
Nurul Hidayah Binte Mohamed Zain