Salam dunia,
Tarikh 12 nov menjadi saksi warga Alex mengadakan program Taaruf sempena pembukaan sesi 2009/2010.. Ia diadakan di Beit Yusra aka Astaghfirullah dan Subhanallah.. Nama rumah mereka ditukar sebaik sahaja mereka berpindah ke rumah baru dan berkongsi satu bumbung.. Kira ala ala house warming skali lah ni.
Sebelum dimulakan acara, Mandubah Alex menjadi tailong tak bertauliah dengan memungut segala macam duit; rusum, iqamah, tahlil dam dari warga Alex.
Setelah selesai mengumpul segala macam duit maka acara pun dimulakan dengan bacaan ummul kitab dan pembuka kata dari Mandubah. Seperti yang telah diketahui, jawatan Mandubah dan Naibnya kekal dipegang oleh Sarah Umairah dan Mardhiah.
Dan memandangkan tahun ini terdapat 5 pelajar baru maka kita mulakan sesi ini dengan taaruf istijabah kepada firman Allah ayat 13 dari surah al Hujurat;
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا
Maksudnya; Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.
Nama, umur, tempat tinggal, syu’bah dah kuliah, status dan sebagainya menari-nari di bibir masing-masing. Begitu juga dengan motto hidup dan kata-kata pegangan hidup masing-masing harus dikongsi bersama. Antara tujuan yang jelas ialah dalam dunia ni setiap manusia yang kita temui, bukan sekadar diiktiraf sebagai sahabat atau musuh, yang jelas itu hanya pengiktirafan semata-mata tapi yang pasti baik teman, keluarga, sahabat handai, musuh ketat, orang asing, orang awam, siapa pun, mereka itu adalah guru. Belajar bukan setakat di buku kuliah, dars-dars, tusyen-tusyen, malahan hidup juga guru. Hidup kita dan orang-orang di sekeliling kita mampu mendidik kita, mentarbiyah jiwa kita melalui pemerhatian dan perkongsian.
Seterusnya, rugi sangat bila sudah berkumpul beramai-ramai tidak dikecapi fadhilat berjamaah maka dengan itu kita pun mendirikan solat maghrib jama’atan.
Selesai solat, perut pun lapar. Setiap rumah telah diingatkan supaya menyiapkan hidangan maka apa lagi, sapedeeeekkk!
Puan-puan rumah Yusra; Sarah Umairah, Nadiah, Sakinah, Liyana Rahaim menyiapkan jemput-jemput sayur dan caramel! Yummeh!
Puan-puan rumah Rayyan; Hazimah Ulfah, Liyana Hairi, Nurushshahidah, Masyitah menyiapkan roti john! Wooo!
Wakil rumah Farawlah; Hidayah dan Liyana Ibrahim menyiapkan kuih keria trademark mereka dan jemput-jemput pisang! Fuuuuuuuhh!
Puan-puan rumah Our Home; Zurainah, Jannah, Umairah menyiapkan ermm tolong membantu tuan rumah membentang alas, menyediakan tempat dan membancuh air. ;)
Seusai menyantap makanan perut, mata-mata mereka pula dijamukan dengan tayangan video yang dibuat oleh *uhuk saya *uhuk. Belum pro lagi ni. Mintak mahaplah kalau semberono dan bukan-bukan. Yang pentingnya kalau dibuat dengan hati kan diterima dengan hati lalu akan disimpan dalam hati.
Seterusnya, mandubah kita pun menerangkan penyusunan program untuk sesi 08/09 secara ringkas kepada Alex babies/juniors kita! Kesimpulannya, objektif terpenting untuk keseluruhan program-program yang telah dijalankan untuk sesi 08/09 adalah untuk mempereratkan ukhuwwah dan ikatan hati. Alhamdulillah. InsyaAllah members sampai mati. ;) Manakala untuk sesi ini mandubah dan naibnya telah melakarkan objektif keseluruhan iaitu, menjana intelektual untuk mempertingkatkan prestasi. Dengan itu mereka telah pun membahagi-bahagikan warga Alex kepada 3 lajnah; Akademik, kebajikan dan kerohanian berdasarkan pemilihan masing-masing
Beralih kepada slot seterusnya, mereka kemudian diagih-agihkan survey form untuk memberikan idea-idea dan berkongsi apa jua pendapat dan keinginan untuk program-program pada sesi 09/10 dan mereka juga dikehendaki menyertakan sekali satu daripada tiga lajnah yang mereka minati.
Mandubah melantik Nurusshahidah Tahun Satu Kuliah Lughah sebagai Treasurer Alex begitu juga Fadhlina dan Hazimah Ulfah sebagai anggota bagi lajnah kebajikan.
Slot F&E pula mengambil tempat. Mereka bersantai-santai sambil menjamu tekak dengan caramel sementara Mandubah, Naibnya dan Treasurer sort out duit-duit dan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk kuliyah, iqamah etc
Sebelum majlis ditutup, gambar keluarga Alex dipetik lalu segala kenangan, gurau senda, perbualan ilmiah dan intelektual pada hari tersebut diabadikan di segenap hati-hati Azhariyah BilIskandariyah.
InsyaAllah, untuk sesi o9/10 kita FIGHT segala perkara-perkara dan sikap serta sifat negatif. Demi Allah, kita berjuang bersama.
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوصٌ
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh. ( As Saff: 4 )
These are the superwomen that cared. The friends that protected. The sisters that kept all sane. When the actual one was far, they stepped in as family. They never left.
The best things in life, they’re free. <3
Ilalliqo’ insyaAllah, Assalamualaikum,
Yang menulis dari hati,
Mardhiah Mohamad Haron
Usuluddin, Tahun Dua