Showing posts with label Mardhiah binte Mohamad Haron. Show all posts
Showing posts with label Mardhiah binte Mohamad Haron. Show all posts

Friday, April 16, 2010

..takkan putus air dicincang.. takkan berat yang sama dipikul.


Bismillahirrahmanirrahim.

Orang Melayu zaman dahulu penuh dengan madah puisi. Perkataan mereka dialas dahulu sebelum sampai kepada telinga. Didikan mereka berupa pepatah petitih. Walau teguran mereka kadang kala berupa sindiran, ayat yang menerjah telinga bagaikan lauk ayam lemak cili padi. Lemak-lemak namun pedasnya tetap terasa. Nenek moyang kita dahulu juga tersangat kreatif. Bagaimana dua helai daun kelapa boleh mereka temukan di hujung dan pangkalnya hingga menjadi ketupat, begitulah orang-orang Melayu nenek moyang kita zaman dahulu.

Kalau diperhati lama-lama ketupat yang dianyam Cik Bakar, ada rahsia kehidupan di dalamnya. Diselang-selikan dua helai daun itu hingga menjadi rangka. Kemudian ditemukan kepalanya. Diketat-ketatkan. Barulah diisikan beras. Tidak boleh penuh-penuh, bila penuh akan membuak. Sedang-sedang. Kemudian diikat dan direbus beberapa jam. Bila siap dihidang, dimakan dengan lauk lodeh dan rendang yang dimasak oleh Cik Fauziah isteri si Polan. Perut kenyang hati pun senang! Bak kata nenek moyang kita, gendang gendut tali kecapi, seterusnya sambunglah sendiri.

Apakah rahsia kehidupan yang terdapat di dalam ketupat? Rahsia itu juga termaktub di dalam ayat yang sering dilaung-laungkan. Daripada surah Al Imran ayat 103







Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.

Kesatuan itulah rahsia kehidupan. Rahsia ini bukan hanya terkandung di dalam anyaman ketupat ciptaan nenek moyang zaman dahulu yang pastinya diilhamkan Sang Pencipta, ia juga lebih-lebih lagi terzahir di dalam ibadah yang telah ditetapkan. Ibadah yang penuh dengan rahsia-rahsia yang telah dan belum tersingkap. Ibadah yang menempatkan si kepala yang sentiasa berada di atas sama taraf dan sama tinggi dengan si kaki yang selalu di bawah memijak bumi. Tidak lain dan tidak bukan ibadah yang dimaksudkan ialah Solat.

Solat adalah anugerah yang amat istimewa. Tidak ada satu perintah pun yang di terima Nabi dengan secara terus menerus dari Allah SWT selain dari solat. Solat ini penuh dengan rahsia. Memahami setitik dari rahsia ini sudah besar ertinya kepada kita.



“Hayya ‘alal Falaah”, bukankah yang sering dilaungkan muazzin setiap hari zaman berzaman ialah mengajak supaya umat islam bersama-sama menuju kejayaan? Dan apakah kejayaan mempunyai kunci lain selain solat?



Nabi s.a.w. menyatakan bahawa solat berjemaah melebihi 25 kali nilainya dari solat bersendirian. Pahala sekali solat sunat fajar sahaja digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. sama dengan dunia dan isi kandungannya. Dapatkah kita bayangkan pahala solat fardu secara berjemaah?



Timbul persoalan, mengapakah solat berjemaah itu diberi perhatian berat oleh Rasulullah s.a.w.?Ini kerana Solat jemaah berkaitan dengan sistem mengatur hidup bermasyarakat. Tidak ramai di kalangan kita yang menyedari kepentingan solat jemaah dari aspek pembangunan umat. Kelebihan solat jemaah sudah cukup untuk menjadi tanda (clue) tentang kepentingan solat berjemaah. Bertitik tolak dari sini maka kita mengenali bahawa sebenarnya solat jemaah adalah kunci membina kekuatan dan tamadun umat. 



Berbalik kepada pepatah petitih nenek moyang zaman dahulu, bersatu teguh bercerai roboh. Paling tepat untuk menggambarkan prinsip solat jemaah ini. Kita bersatu hati dan perbuatan ketika menunaikan solat jemaah. Apabila bersatu maka timbullah kekuatan kerana kesatuan itu kunci kekuatan. Alangkah indahnya jika umat Islam memahami, bahawa solat jemaah yang sering dilakukan itu bertujuan untuk merapatkan hubungan kasih sayang dan mengikat hubungan kesatuan yang amat diutamakan dalam Islam. Timbul lagi persoalan, Kita boleh bersatu dalam solat harian, solat Jumaat, solat Tarawih, solat Idil Fitri dan Adha, tetapi, mengapa kita tidak boleh membawa prinsip kesatuan hati dan iman ini di luar solat?



Dalam Al-Asas fit Tafsir, Said Hawa menukilkan pandangan Imam Al-Alusi yang berkata, “Pecah belah dalam masyarakat adalah dilarang terutamanya dalam perkara yang berkaitan dengan prinsip atau usul agama. Perbezaan pendapat dalam perkara-perkara ranting adalah diizinkan dalam batas-batas tertentu.”


Perbezaan pendapat boleh dibahagikan kepada tiga kategori.

Pertama, perbezaan dalam perkara prinsip atau usul. Ia memang suatu kesesatan yang jika dibiarkan akan menjadi penyebab kepada banyak kerosakan.

Kedua, perbezaan yang melibatkan pendirian serta strategi peperangan. Perbezaan pendapat dalam aspek ini juga diharamkan agama.

Ketiga, perbezaan pendapat dalam perkara ranting atau cabang, sebagai contoh dalam aspek hukum hakam fikah. Ianya diharuskan kerana nabi mengizinkan umat Islam berijtihad bertujuan untuk menetapkan sesuatu hukum agama berdasarkan sabda nabi yang bermaksud, ‘Sesiapa yang berijtihad dan betul ijtihadnya dia mendapat dua ganjaran dan sesiapa yang berijtihad dan tersalah dia mendapat satu ganjaran’. Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Abu Daud.

Berhubung dengan perbezaan pendapat dalam perkara cabang, Profesor Dr. Yusuf Qardawi dalam Al-Ijtihad fi As-Syariat Al-Islamiyah berkata, “Perbezaan pendapat dalam bidang fikah bukanlah suatu yang keji. Sebenarnya perbezaan pendapat ini melambangkan fleksibiliti syariat, kesuburan sumber hukum Islam, kekayaan khazanah fikah Islam serta menunjukkan betapa tingginya sikap toleransi di kalangan ulama Islam. Sebagai contoh, dua orang sahabat dan pengikut Imam Abu Hanifah, iaitu Imam Abu Yusuf dan Muhammad, berbeza pendapat dengan Abu Hanifah dalam beberapa masalah disebabkan suasana yang berubah.”






Apabila terdapat perbezaan pendapat di kalangan orang-orang Islam, yang utama sekali kita perhatikan bukanlah siapa benar dan siapa salah, siapa dia dan siapa saya, puak manakah dia dan puak manakah saya. Bukanlah kita pertikaikan siapa tapi bagaimana kita menghadapinya. Sikap yang bagaimana kita tunjukkan kepada pendapat yang disampaikan bukan kepada mereka yang menyampaikan. Perlukah kesempitan akal dan dada kita, kita sempitkan lagi dengan perasaan?

Seperti mana nenek moyang kita dahulu sering melaungkan tepuk dada tanya selera, kita ubah suai. Dalam hal ibadah, tiada ayam lemak cili padi yang menepati citarasa dan selera. Dalam hal ibadah yang ditanya bukan selera tetapi iman. Tepuk dada Tanya iman. Di manakah letaknya iman? Di dalam daging yang apabila rosak daging itu SELURUH jasad akan rosak dan begitulah sebaliknya. Bila baik daging itu maka SELURUH jasad akan baik. Itu lah hati. Kita membangunkan tamadun umat dengan hati. Kita mengikat saudara sesama Islam kita dengan hati. Sepertimana kita seimbangkan beras di dalam ketupat agar tidak membuak-buak apabila telah direbus, begitu jugalah kita seimbangkan antara penekanan soal ibadah dan kesatuan umat.

Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a.. dia berkata, “Rasulullah biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung (sisi) ke hujung yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda, “Janganlah kalian berbeza (tidak lurus safnya), kerana ia akan menjadikan hati kalian berselisih.” (Hadis Riwayat Muslim)

Malangnya, kita sering bertemu mereka yang kuat menekan soal ibadah ritual, namun mengabaikan soal pembangunan tamadun umat. Dalam masa yang sama, kita bertemu pula ramai yang bercakap soal tamadun, namun begitu lalai dan alpa tentang soal ibadah ritual. Maka lahirlah golongan agama tanpa kekuatan, golongan profesional tanpa panduan. Ibadah gagalkan menjadikan kita khalifah, tamadun kebendaan pula menjadikan kita hamba yang lupa kepada Allah. Subhanallah!


Amat-amati dan renungkanlah hikmah disebalik setiap tatacara sebelum solat yang diperintah oleh Allah menerusi RasulNya. Mengapakah kita di anjurkan menyucikan diri dengan air? Beristinja’ dengan air? Berwudhu’ dengan air? Dan apabila tidak ada air, kita disuruh mengambil rukhsah dengan bertayammum menggunakan debu tanah, mengapa? Mengapa air dan tanah?

























Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. kemudian Kami jadikan Dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta yang paling baik.


Ini kerana air dan tanah itu asal kita. Asal kewujudan di muka bumi ini dan di pengakhiran kita nanti akan kembali kepadanya.

Oleh itu, harus diketahui lagi bahawa setiap manusia itu bukan ma’sum. Kalau nenek moyang kita tersilap, kita berpindah dari taqlid dan kembali kepada asal dengan tidak membenci yang tersilap.

Marilah kita sama-sama membangun tamadun umat, mencari kesatuan dan berubah menuju pembaharuan.

Seperti nenek moyang kita dahulu, selesai menganyam ketupat, dikumpulkan lidi-lidi dari daun kelapa, diikat ketat-ketat lalu terbongkok-bongkok menyapu daun-daun kering di halaman, sampah-sampah dibersihkan. Sebatang lidi tidak akan mampu membersihkan halaman rumah manakala penyapu lidi yang telah diikat ketat-ketat dengan teratur juga perlu pemegang agar halaman rumah kemas, bersih dan sedap mata yang memandang.








bahan rujukan: 
1. Al Quran
2. As Sunnah
3. Artikel solat jemaah membangun ummah 12h ogos 2005 oleh Kalam Mas di internet
4. Artikel Dr Maza
5. Lirik lagu 'kalau melayu memang melayu' ahli fiqir







ukhtukumul aqal,
Mardhiah Bte Mohamad Haron
tahun 2, usuluddin.

Thursday, November 19, 2009

Salam dunia,

Tarikh 12 nov menjadi saksi warga Alex mengadakan program Taaruf sempena pembukaan sesi 2009/2010.. Ia diadakan di Beit Yusra aka Astaghfirullah dan Subhanallah.. Nama rumah mereka ditukar sebaik sahaja mereka berpindah ke rumah baru dan berkongsi satu bumbung.. Kira ala ala house warming skali lah ni.



Sebelum dimulakan acara, Mandubah Alex menjadi tailong tak bertauliah dengan memungut segala macam duit; rusum, iqamah, tahlil dam dari warga Alex.
Setelah selesai mengumpul segala macam duit maka acara pun dimulakan dengan bacaan ummul kitab dan pembuka kata dari Mandubah. Seperti yang telah diketahui, jawatan Mandubah dan Naibnya kekal dipegang oleh Sarah Umairah dan Mardhiah. 




Dan memandangkan tahun ini terdapat 5 pelajar baru maka kita mulakan sesi ini dengan taaruf istijabah kepada firman Allah ayat 13 dari surah al Hujurat;


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا

Maksudnya; Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.
 


Nama, umur, tempat tinggal, syu’bah dah kuliah, status dan sebagainya menari-nari di bibir masing-masing. Begitu juga dengan motto hidup dan kata-kata pegangan hidup masing-masing harus dikongsi bersama. Antara tujuan yang jelas ialah dalam dunia ni setiap manusia yang kita temui, bukan sekadar diiktiraf sebagai sahabat atau musuh, yang jelas itu hanya pengiktirafan semata-mata tapi yang pasti baik teman, keluarga, sahabat handai, musuh ketat, orang asing, orang awam, siapa pun, mereka itu adalah guru. Belajar bukan setakat di buku kuliah, dars-dars, tusyen-tusyen, malahan hidup juga guru. Hidup kita dan orang-orang di sekeliling kita mampu mendidik kita, mentarbiyah jiwa kita melalui pemerhatian dan perkongsian.
Seterusnya, rugi sangat bila sudah berkumpul beramai-ramai tidak dikecapi fadhilat berjamaah maka dengan itu kita pun mendirikan solat maghrib jama’atan.
Selesai solat, perut pun lapar. Setiap rumah telah diingatkan supaya menyiapkan hidangan maka apa lagi, sapedeeeekkk!
Puan-puan rumah Yusra; Sarah Umairah, Nadiah, Sakinah, Liyana Rahaim menyiapkan jemput-jemput sayur dan caramel! Yummeh!
Puan-puan rumah Rayyan; Hazimah Ulfah, Liyana Hairi, Nurushshahidah, Masyitah menyiapkan roti john! Wooo!
Wakil rumah Farawlah; Hidayah dan Liyana Ibrahim menyiapkan kuih keria trademark mereka dan jemput-jemput pisang! Fuuuuuuuhh!
Puan-puan rumah Our Home; Zurainah, Jannah, Umairah menyiapkan ermm tolong membantu tuan rumah membentang alas, menyediakan tempat dan membancuh air. ;)


Seusai menyantap makanan perut, mata-mata mereka pula dijamukan dengan tayangan video yang dibuat oleh *uhuk saya *uhuk. Belum pro lagi ni. Mintak mahaplah kalau semberono dan bukan-bukan. Yang pentingnya kalau dibuat dengan hati kan diterima dengan hati lalu akan disimpan dalam hati. 
Seterusnya, mandubah kita pun menerangkan penyusunan program untuk sesi 08/09 secara ringkas kepada Alex babies/juniors kita! Kesimpulannya, objektif terpenting untuk keseluruhan program-program yang telah dijalankan untuk sesi 08/09 adalah untuk mempereratkan ukhuwwah dan ikatan hati. Alhamdulillah. InsyaAllah members sampai mati. ;) Manakala untuk sesi ini mandubah dan naibnya telah melakarkan objektif keseluruhan iaitu, menjana intelektual untuk mempertingkatkan prestasi. Dengan itu mereka telah pun membahagi-bahagikan warga Alex kepada 3 lajnah; Akademik, kebajikan dan kerohanian berdasarkan pemilihan masing-masing


Beralih kepada slot seterusnya, mereka kemudian diagih-agihkan survey form untuk memberikan idea-idea dan berkongsi apa jua pendapat dan keinginan untuk program-program pada sesi 09/10 dan mereka juga dikehendaki menyertakan sekali satu daripada tiga lajnah yang mereka minati.
Mandubah melantik Nurusshahidah Tahun Satu Kuliah Lughah sebagai Treasurer Alex begitu juga Fadhlina dan Hazimah Ulfah sebagai anggota bagi lajnah kebajikan.
Slot F&E pula mengambil tempat. Mereka bersantai-santai sambil menjamu tekak dengan caramel sementara Mandubah, Naibnya dan Treasurer sort out duit-duit dan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk kuliyah, iqamah etc


Sebelum majlis ditutup, gambar keluarga Alex dipetik lalu segala kenangan, gurau senda, perbualan ilmiah dan intelektual pada hari tersebut diabadikan di segenap hati-hati Azhariyah BilIskandariyah.
InsyaAllah, untuk sesi o9/10 kita FIGHT segala perkara-perkara dan sikap serta sifat negatif.  Demi Allah, kita berjuang bersama.


إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوصٌ

Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh. ( As Saff: 4 )


These are the superwomen that cared. The friends that protected. The sisters that kept all sane. When the actual one was far, they stepped in as family. They never left.

The best things in life, they’re free. <3

Ilalliqo’ insyaAllah, Assalamualaikum,
Yang menulis dari hati,
Mardhiah Mohamad Haron
Usuluddin, Tahun Dua


Tuesday, February 24, 2009

Amazing Alex Outing

























Salam dunia…


Amazing Alex Outing @ A2O nama diberi bagi program rehlah yang dianjurkan di Alex khas buat pelajar-pelajarnya.. Terus terang saya katakan, inilah kali pertama saya menguruskan sebuah program berdua sahaja..mungkin berdua lebih baik bak kata Acha..Walaupun bukan mudah tetapi dengan pertolongan dan rahmah Allah, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.. Kenangan menguruskan A20 telah disimpan kemas di dalam lipatan memori.. izinkan saya merungkai satu demi satu untuk tatapan umum..


Sewaktu di dalam tremco saya dan mandubah sedang rancak berbual tiba-tiba muncul satu idea untuk mengadakan permainan bagi program rehlah kali ini..mencuba sesuatu yang baru..untuk rehlah kali ini kami akan biarkan mereka yang menjelajahi kawasan kecil di Alex. Idea semakin berkembang dan dengan pantas kami mencatat sambil menyusun rencana-rencana dan apa-apa yang perlu dilakukan..


21 Februari adalah hari di mana kami meninjau tempat yang sesuai untuk permainan ala amazing race ini..sambil meninjau-ninjau tempat yang sesuai, sambil itu juga otak kami ligat memikirkan petunjuk-petunjuk atau klu-klu bagi misi yang terdapat dalam permainan..setelah itu pada hari yang sama juga tanpa menghiraukan penat lelah yang telah menguasai diri, tanpa memperdulikan rasa ngantuk yang asyik berkunjung tiba, tanpa menghiraukan juga angin malam yang teramat sejuk, tanpa memperdulikan rasa penat dan geram dengan kerenah arab yang menyakitkan hati kami terus singgah membeli barang-barang yang diperlukan seperti hadiah-hadiah bagi pemenang dan bermacam-macam lagi..akhirnya barang telah pun dibeli dan terus pulang ke rumah mandubah..di rumah, kami tidak terus rehat malah kami langsung menyiapkan form-form, klu-klu kad dan bermacam-macam lagi..


Esoknya, 22 Februari kami pergi ke Fathallah membeli makanan-makanan ringan untuk diletakkan di dalam goodie bags bagi setiap kumpulan.. kami juga membeli barang-barang mentah untuk dimasak kerana selepas acara permainan selesai semua akan berkumpul di rumah mandubah untuk acara pembahagian hadiah dan bersantap beramai-ramai..setelah membeli barang kami pun pulang ke rumah untuk membalut hadiah dan menyiapkan apa-apa yang patut..kami benar-benar sibuk waktu itu.. bayangkan…kami berdua sahaja yang meyiapkan segala-galanya..kami lah yang incharge, kami lah yang merencanakan, kami lah yang bertungkus lumus mengatur segala-galanya yang pastinya tanpa pertolongan Allah memang kami tak kuat lebih-lebih lagi tatkala mendapat berita yang tak disangka-sangka, berita yang boleh melemahkan semangat..berita yang tak perlulah saya catatkan di sini..bukan satu tapi dua berita yang sangat-sangat tidak menggembirakan..Allah uji kami..tetapi dengan pertolongan Allah jugalah kami mampu mengaharungi ujian itu Alhamdulillah..kerana kalau setiap pekerjaan itu dilakukan ikhlas kerana Allah maka segalanya akan mudah dan tidak akan berat..walaupun pada awalnya kami marah, walaupun pada mulanya kami rasa ingin menangis kerana kami juga manusia biasa tetapi kami bangkit dan tetap teguh untuk merealisasikan A2O..


Esoknya, 23 Februari adalah hari terakhir untuk kami siapkan apa-apa yang perlu disiapkan..Mandubah masak manakala saya pula menyiapkan cenderahati bagi setiap peserta..dari pagi sampai ke malam..saya sendiri terkejut dari mana datangnya kekuatan saya..kalau tangan saya boleh menangis rasanya dah berbaldi agaknya air matanya..apakah cenderahatinya? Berupa kertas yang dilipat-lipat menjadi baju..










Kemudian baju ini pun dipakaikan tali leher lalu inilah hasilnya…











Comel kaaannn?? Tauuuuu~ heeheeee…


Penat memang penat tapi pada masa yang sama kami juga risau bagaimana acara esok? Akan berjalan dengan lancar ke? Bagaimana peserta-peserta nanti? Semangatkah mereka? Kami tidak henti berdoa…..


24 Februari..Hari yang dinanti-nantikan.. saya dan mandubah telah bersiap sedia..walaupun penat 3 hari lalu belum hilang, walaupun tak cukup tidur tapi semangat kami mengatasi segalanya..dan lebih menggembirakan hati saya ialah apabila melihat setiap kumpulan ada uniform tersendiri.. kumpulan Shonaz memakai semua biru..siap dengan name tag lagi..kumpulan Farihah saya gelarkan si gagak hitam kerana berpakaian serba hitam..tapi gagak bukan sembarang gagak tau!! Dan kumpulan DBSK memakai coklat dan jaket denim..terhibur hati saya melihat gelagat dan telatah mereka..terbang segala penat lelah tatkala mengetahui yang mereka telah berjanji untuk berpakaian sepasang..hilang semua masalah melihat semangat berkobar-kobar mereka..


Alhamdulillah..walaupun ada kumpulan yang sampai sesat-sesat, walaupun tergambar kepenatan di wajah mereka tapi melihat senyuman dan tawa ria yang terukir di bibir mereka membuat hati saya berbisik,”inilah anugerah terindah dari Allah..”


Apa agaknya anugerah terindah itu? Anugerah yang tak mampu dicari hatta di seluruh pelusuk benua sekalipun..anugerah yang tak mampu diraih hatta sedalam tujuh lautan..anugerah yang tak mampu dicapai hatta setinggi tujuh lapisan langit..tetapi anugerah itu ada di sini..di setiap hati hati kami..anugerah dari Allah..manis dan indah..itulah ukhuwwah..


Sekian,
Yang menulis dari hati,
Mardhiah Bte Mohamad Haron.

Monday, November 10, 2008

Sharing session,

Salam semua..

cerita terbaru dari keluarga alex ialah pada hari jumaat yang lalu iaitu tanggal 7 haribulan November bersamaan 8 Zulkaedah kami telah mengadakan perjumpaan beramai-ramai di rumah ‘astaghfirullah’ untuk sesi taaruf dan ‘sharing session’. Bermula pada pukul 3.30 petang dan tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhuwah antara seniors dan juniors kerana terdapat seniors yg baru pulang ke pangkuan alex. Berikut adalah aturcara majlis:

3.30 petang: selepas menuang air teh panas, naibah mandubah kami kak Sarah Umairah membuka acara dgn sepatah dua kata





3.40 petang: sesi taaruf pun dimulakan oleh mandubah kami kemudian dia mencampak beruang kecil secara rambang kemudian orang tersebut harus mengenalkan diri dan memberitahu sesuatu perkara tentang dirinya yang orang lain tidak tahu.

4.10 petang: Mandubah pun menerangkan penyusunan program yg telah dan akan dijalankan di alex sepanjang tahun antaranya REHLAH dimana ianya sgt sgt sgt dinantikan oleh semua kerana akan dilakukan setelah penat lelah memerah otak dan tenaga waktu peperiksaan.

4.30 petang : sesi ‘sharing session’ pun dimulakan. Walaupun pada mulanya kelihatan boring, bosan dan kurang sambutan tetapi, semakin lama semakin rancak sehingga ada yg sampai menitiskan air mata dan ada juga yang melempiaskan perasaan geram yang terpendam sekian lama.





Berikut adalah petikan dialog yang sempat dicatit:

Kak umai: “Yana, nk share pape dgn kite semua? Mcmne perasaan waktu baru2 smpi alex?”

Yana: *dah mula sebak* “waktu ana baru2 smpi ana mmg tkleh terima kene duduk sorang2 tapi lama2 ana Nampak hikmahnye. Allah tarik kawan2 ana tapi Dia ganti dgn kakak2 senior. Tapi~….sob`sob *dah mula menitiskan air mata* sekejap aje….sobbb`soobbbb *semakin deras air matanya* ramai yg…..dah….balik…. *teros dipeluk oleh kak sakinah yg duduk di sebelahnya.




Kak umai: memang kat mesir ni kene banyak bersabar. Lagi2 dgn kwn sendiri. Memanglah nak tegur kwn tu sussah lagi2 kwn rapat tapi mestilah dengan hikmah. Contonhye kita mulakan dgn diri sendiri.

Kak Zurainah: TAPI, CAMNE PULAK DGN ORG YG DEGIL N TAK PHM2 BAHASA??!!!! *dgn tiba2 dia emosi*
(Tetapi keadaan kak zu yg sdg emosi itulah yg membuat kami terkekek-kekek ketawa. Kak zu klaka beb wa ckp sama lu~)




Insyirah Feera: sebenarnye kan, kite kene pandang dari sudut positif….



Dialog pun berterusannnnnnn sehinggalah …….
“ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR~~” *azan maghrib*
Dengan berat hati, ‘sharing session’ ini terpaksa diberhentikan tapi insyaAllah di lain kesempatan akan diadakan lagi.
Selepas solat maghrib berjemaah….

5.30 petang: setiap majlis takkan sah klw tak makannnnn~~~~



Eh eh eh eh eh kejap~ sebelum tuu ade surpriseee~ haah~surprise?????!!!!



Rupa-rupanya ada birthday kek utk November babies termasuk skali satu oktober baby~









Acara pun berakhir dgn perut masing-masing yg sudah berisi dan kalori dlm badan pun semakin bertambah. Perut kenyang hati banyak senang wooo~



Akhir kata, Diantara objektif ‘sharing session’ ni diadakan ialah, di samping mengeratkan silaturrahim,kita juga dapat saling kenal-mengenali antara satu sama lain dgn lebih rapat lagi. Juga Saling bertukar2 pendapat dan pengalaman kerana kami disini dah seperti satu keluarga. Walaupun keluarga di Alex kecil berbanding di Cairo tapi ini tak mematahkan semangat kami utk terus berukhuwah dan berjuang kerana Allah kerana kami disini berjuang bersama dan ukhuwah yang sedang terjalin ini maniiissss sangat. Kemanisan ukhuwah ini akan sentiasa dikecapi insyaAllah saban waktu, saban detik, saban saat meski daun masa mulai gugur berasama usia. Semoga akan wujudnya pertemuan kedua setelah pertama kemudian ketiga setelah kedua dan seterusnya insyaAllah~
Fi Hifzillah Da-eman~ Allah ma’ana~ kami disini berjuang bersama antum antunna sekalian~ oleh itu, klw nak doa tu , selitkan kami sekali yeeee dlm doanyaa~
Illalliqa’ InsyaAllah~




Sekian sahaja dari kami, si penulis dan si pengambil gambar.
Mardhiah Bte Mohamad Haron & Siti Nur Rafidah Bte Abd Rahman
Tahun satu kuliah Usuluddin, Iskandariah.