Salam dunia…
Amazing Alex Outing @ A2O nama diberi bagi program rehlah yang dianjurkan di Alex khas buat pelajar-pelajarnya.. Terus terang saya katakan, inilah kali pertama saya menguruskan sebuah program berdua sahaja..mungkin berdua lebih baik bak kata Acha..Walaupun bukan mudah tetapi dengan pertolongan dan rahmah Allah, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.. Kenangan menguruskan A20 telah disimpan kemas di dalam lipatan memori.. izinkan saya merungkai satu demi satu untuk tatapan umum..
Sewaktu di dalam tremco saya dan mandubah sedang rancak berbual tiba-tiba muncul satu idea untuk mengadakan permainan bagi program rehlah kali ini..mencuba sesuatu yang baru..untuk rehlah kali ini kami akan biarkan mereka yang menjelajahi kawasan kecil di Alex. Idea semakin berkembang dan dengan pantas kami mencatat sambil menyusun rencana-rencana dan apa-apa yang perlu dilakukan..
21 Februari adalah hari di mana kami meninjau tempat yang sesuai untuk permainan ala amazing race ini..sambil meninjau-ninjau tempat yang sesuai, sambil itu juga otak kami ligat memikirkan petunjuk-petunjuk atau klu-klu bagi misi yang terdapat dalam permainan..setelah itu pada hari yang sama juga tanpa menghiraukan penat lelah yang telah menguasai diri, tanpa memperdulikan rasa ngantuk yang asyik berkunjung tiba, tanpa menghiraukan juga angin malam yang teramat sejuk, tanpa memperdulikan rasa penat dan geram dengan kerenah arab yang menyakitkan hati kami terus singgah membeli barang-barang yang diperlukan seperti hadiah-hadiah bagi pemenang dan bermacam-macam lagi..akhirnya barang telah pun dibeli dan terus pulang ke rumah mandubah..di rumah, kami tidak terus rehat malah kami langsung menyiapkan form-form, klu-klu kad dan bermacam-macam lagi..
Esoknya, 22 Februari kami pergi ke Fathallah membeli makanan-makanan ringan untuk diletakkan di dalam goodie bags bagi setiap kumpulan.. kami juga membeli barang-barang mentah untuk dimasak kerana selepas acara permainan selesai semua akan berkumpul di rumah mandubah untuk acara pembahagian hadiah dan bersantap beramai-ramai..setelah membeli barang kami pun pulang ke rumah untuk membalut hadiah dan menyiapkan apa-apa yang patut..kami benar-benar sibuk waktu itu.. bayangkan…kami berdua sahaja yang meyiapkan segala-galanya..kami lah yang incharge, kami lah yang merencanakan, kami lah yang bertungkus lumus mengatur segala-galanya yang pastinya tanpa pertolongan Allah memang kami tak kuat lebih-lebih lagi tatkala mendapat berita yang tak disangka-sangka, berita yang boleh melemahkan semangat..berita yang tak perlulah saya catatkan di sini..bukan satu tapi dua berita yang sangat-sangat tidak menggembirakan..Allah uji kami..tetapi dengan pertolongan Allah jugalah kami mampu mengaharungi ujian itu Alhamdulillah..kerana kalau setiap pekerjaan itu dilakukan ikhlas kerana Allah maka segalanya akan mudah dan tidak akan berat..walaupun pada awalnya kami marah, walaupun pada mulanya kami rasa ingin menangis kerana kami juga manusia biasa tetapi kami bangkit dan tetap teguh untuk merealisasikan A2O..
Esoknya, 23 Februari adalah hari terakhir untuk kami siapkan apa-apa yang perlu disiapkan..Mandubah masak manakala saya pula menyiapkan cenderahati bagi setiap peserta..dari pagi sampai ke malam..saya sendiri terkejut dari mana datangnya kekuatan saya..kalau tangan saya boleh menangis rasanya dah berbaldi agaknya air matanya..apakah cenderahatinya? Berupa kertas yang dilipat-lipat menjadi baju..
Kemudian baju ini pun dipakaikan tali leher lalu inilah hasilnya…
Comel kaaannn?? Tauuuuu~ heeheeee…
Penat memang penat tapi pada masa yang sama kami juga risau bagaimana acara esok? Akan berjalan dengan lancar ke? Bagaimana peserta-peserta nanti? Semangatkah mereka? Kami tidak henti berdoa…..
24 Februari..Hari yang dinanti-nantikan.. saya dan mandubah telah bersiap sedia..walaupun penat 3 hari lalu belum hilang, walaupun tak cukup tidur tapi semangat kami mengatasi segalanya..dan lebih menggembirakan hati saya ialah apabila melihat setiap kumpulan ada uniform tersendiri.. kumpulan Shonaz memakai semua biru..siap dengan name tag lagi..kumpulan Farihah saya gelarkan si gagak hitam kerana berpakaian serba hitam..tapi gagak bukan sembarang gagak tau!! Dan kumpulan DBSK memakai coklat dan jaket denim..terhibur hati saya melihat gelagat dan telatah mereka..terbang segala penat lelah tatkala mengetahui yang mereka telah berjanji untuk berpakaian sepasang..hilang semua masalah melihat semangat berkobar-kobar mereka..
Alhamdulillah..walaupun ada kumpulan yang sampai sesat-sesat, walaupun tergambar kepenatan di wajah mereka tapi melihat senyuman dan tawa ria yang terukir di bibir mereka membuat hati saya berbisik,”inilah anugerah terindah dari Allah..”
Apa agaknya anugerah terindah itu? Anugerah yang tak mampu dicari hatta di seluruh pelusuk benua sekalipun..anugerah yang tak mampu diraih hatta sedalam tujuh lautan..anugerah yang tak mampu dicapai hatta setinggi tujuh lapisan langit..tetapi anugerah itu ada di sini..di setiap hati hati kami..anugerah dari Allah..manis dan indah..itulah ukhuwwah..
Sekian,
Yang menulis dari hati,
Mardhiah Bte Mohamad Haron.
No comments:
Post a Comment