Saturday, August 1, 2009

SECEBIS KATA-KATA….

Bismillahirrahmaanirrahiim

310709M/9 Sha’aban 1431H

Segala puji yang maha Esa,selawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah,dengan izinNya,ana dapat menulis pada blog kita pada kali ini.Hmm,tentu ramai yang dah tahu,diam tak diam peperiksaan pun dah lama berakhir,kini,keputusan yang dinanti-nantikan..@ Alex,sudah ada beberapa syu’bah yang natijahnya telah pun di ketahui..sementara yang lain..masih lagi menunggu dan terus menunggu..Insya Allah semua najaah.Ameen.

Di kesempatan ini,ana nak kongsi sedikit pengalaman ana @ Mesir ni..Ha! memang kebiasaannya,pelajar-pelajar tahun 1 akan pulang ke tanah air masa cuti semester ni,lain pula ana yang diberikan peluang keemasan ni untuk tinggal @ Mesir masa cuti ni..Ha! jangan tak tahu..Kita semua tak duduk diam tau..Ana dan kakak-kakak yang lain cuba sedaya upaya untuk tidak membuang masa dan menggarap ilmu sebanyak yang mungkin.Ada di antara kami yang mengambil kelas memandu,Talaqqi Qura’n dan juga kelas tambahan @ Markaz El-Nada,yang baru sahaja ditubuhkan @ Alex..Alhamdulillah..

Selain daripada itu,kami dapat meluangkan masa bersama seperti beriadah di tepi pantai (seronok dapat main dengan ombak) ;-P Kami juga suka berkongsi cerita,pengalaman,dan tak lupa juga yang Ilmiah..Ha! ana suka bila dengar kak Zu bercerita,kak Dayah beri nasihat.Tidak lupa kepada kakak-kakak yang lain,yang telah banyak membantu diri ini.Syukran sgt2!!


Teringat juga cerita-cerita kak Syifa’,kak Aziemah,kak Puti(nenek selampit ana) masa itu,tentang pengalaman mereka @ Mesir ni.Sedikit sebanyak ada persamaannya dengan apa yang telah ana lalui…Antaranya, mereka pernah bercerita tentang nama-nama orang Arab di sini banyak yang sama;Asma’-Fatmah-Isra’..Hehe..jadi..kalau @ kuliah tu kecoh lah jadi nya…ha..lagi pasal..bergaduh dengan orang Arab..bukan gaduh apa…Cuma ‘gurau’ je..hehehehe faham-faham lah ye..Mereka juga ada beritahu tentang keaadaan kuliah..Muamalah dengan orang Arab..ada yang menggeramkan dan ada juga menyejukkan hati..mereka suka mendoakan kita..Daripada apa yang ana perhatikan,orang Arab ni tidak suka berdendam..tapi cara mereka tu yang kasar sedikit.Pendek kata,semua yang belajar @ Mesir ni,akan dapat merasai keadaan seperti ini.Tidak lupa juga kenangan pahit manis hidup @ rantauan..sakit peningnya lain,sakit rindu nya,sakit hati nya,dan sakit-sakit yang lain..hehe.Pengalaman yang akan datang sekali dalam seumur hidup kita! Dah lah jauh dengan keluarga..masing-masing memainkan peranan untuk tahu tanggungjawab kepada Agama,ibu bapa,diri sendiri dan juga teman-teman kita. Jadi..kita harus bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita seadanya.

Pejam celik,pejam celik..ana dah setahun berada @ bumi Kinanah ni.Masih setahun jagung lagi orang kata..hehe..Bila teringat saat-saat ana baru sampai sini memang tidak dapat disangka-sangkakan yang ana dah setahun berjauhan dengan keluarga..Ana rasa macam beberapa hari yang lalu ana melalui masa orientasi @ Markaz Perkemas dan masih adik-adik baru lagi..Ha!! sekarang bukan adik baru lagi..Pelajar-pelajar yang bakal menjadi Azhari tidak lama lagi akan tiba di sini..Kalau tidak silap ana,seramai 34 pelajar..ana mengalu-alukan kedatangan mereka!!

Mereka juga adalah orang-orang yang terpilih dan diberi peluang untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar.Insya Allah,kita sama-sama dapat berjuang,mengorak langkah kehadapan dan memulakan hidup baru bersama rakan-rakan kita di sini.

Kawan-kawan,masih ingat lagi tak kata-kata dari Imam Syafie’:

" لن تنالوا العلم إلا بست: ذكاء و حرص و مال واجتحاد و طول زمان و صحبة أستاذ "

Akhir kata dari ana,seandainya ana tersilap kata,atau ada kekurangan dalam apa yang telah ana tulis tadi,ana mohon maaf zahir dan batin ye..

p/s: kawan-kawan ana yang @ Singapura tu..cepat-cepat lah tempah tiket balik sini!!! Hehe!! Rindu lah!! wink2!

Salam dari bumi Kinanah.
Hazimah Ulfah Binte Rahmat :)

No comments:

Post a Comment